Semasa sukan

5 Faktor JDT mudah ditaw4n di Tokyo

Perjalanan wakil tunggal negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Liga Juara Juara Asia (ACL) 2022 berakhir setakat di peringkat 16 terbaik apabila dibel4sah Urawa Red Diamonds 5-0 di Stadium Saitama, kelmarin.

Sekalipun bermula baik namun mereka ketinggalan 2-0 hanya dalam tempoh 20 minit menerusi sepakan penalti Alexander Scholz pada minit kelapan dan sepakan percuma Jens Karlsson (m19) sebelum Karlsson menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-39.

Pemain gantian, Kasper Junker melengkapkan kemenangan bergaya ‘Red Devils’ menerusi dua gol lewat permainan masing masing pada minit ke-86 dan minit ke-90 untuk kedudukan 5-0.

Apapun, skuad Harimau Selatan tetap mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pasukan pertama dari Malaysia berjaya mengesahkan tempat ke pusingan kalah mat! ACL.

BH Sukan menggariskan beberapa perkara tumpuan di sebalik kekalahan yang dilakar anak buah Hector Bidoglio itu di tangan juara Asia dua kali terbabit.

1. Gol awal ‘bvnuh’ semangat pemain

JDT bermula dengan baik dan memberi petanda positif untuk menyaingi Urawa Reds namun sayangnya, gol seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti dan gol kedua dalam tempoh 20 minit pertama pasti menyentap semangat JDT.

Situasi bertambah sukar untuk mereka bangkit apabila menamatkan 45 minit pertama pada kedudukan 3-0 dan aksi yang lebih baik pada babak kedua tidak mampu menyelamatkan persembahan hambar pada separuh masa pertama.

2. Kesilapan mudah ‘belanja’ Urawa Reds

Beberapa kesilapan mudah yang dilihat tidak sepatutnya berlaku terjadi pada aksi ini bermula dengan ‘terkaman’ Farizal Marlias ke arah pemain Urawa Reds yang membawa kepada sepakan penalti pada minit kelapan selain ‘clearance’ kurang kemas daripada pertahanan JDT yang membolehkan Urawa Reds menghasilkan gol ketiga.

Kekurangan ‘awareness’ di bahagian pertahanan juga memudahkan pemain Urawa Reds ‘menari-nari’ ketika melancarkan serangan.

3. Jentera tengah tidak efektif

Ketiadaan Leandro Velazquez yang digantung menyebabkan permainan JDT tidak seperti kebiasaan.

Gandingan Natxo Insa-Jordi Amat yang meraih penampilan sulung tidak begitu menjadi dan kedua-duanya lebih kepada pemain nombor 6, jadi Nazmi Faiz Mansor dilihat tidak mendapat sokongan secukupnya ketika menjana serangan.

Jentera tengah yang tidak lancar mengakibatkan penyerang iaitu Fernando Forestieri dan Bergson da Silva ‘lapar’ servis dan tidak ‘garang’ seperti dalam Liga Super dan aksi peringkat kumpulan ACL.

4. Garisan pertahanan tinggi JDT mudahkan Urawa Reds

Situasi ini dimanfaatkan sepenuhnya Urawa Reds ketika mendapatkan gol keempat dan kelima menerusi Kasper Junker.

Ketika JDT berada di garisan tinggi dan cuba memerangkap dengan perangkap ‘ofsaid’, perancangan tidak menjadi kerana pemain Urawa Reds bijak membaca ‘timing’ dibantu dengan pertahanan JDT yang lambat turun.

Gerakan dapat dijana daripada sebelah sayap, masuk ke kotak penalti dan dua gol dihasilkan lewat permainan.

5. ‘Perjvdian’ tidak menjadi

Antaranya percaturan Hector Bidoglio meletakkan Jordi Amat sebagai pemain tengah bertahan tetapi tidak begitu menjadi kerana ini bukanlah posisi terbaik buat pemain berusia 30 tahun itu.

Perjudian meletakkan pemain yang tidak berada pada posisi natural mungkin sedikit sebanyak mengganggu rentak pasukan dan faktor kecil ini sedikit sebanyak menyumbang kepada tumbangnya JDT di tangan Urawa Reds.

Permainan JDT juga tidak ‘selicin’ seperti yang sering disaksikan penyokong sebelum ini.

sumber:- BH

Berdasarkan pemerhatian di laman media sosial, penyokong turut mempersoalkan kewajaran pertukaran taktikal yang diterapkan Bidoglio bagi aksi penting ini.