sukan

Zii Jia laungkan am4ran

“Saya mahu menjadi pemain pertama Malaysia muncul juara dunia.”

Itu reaksi pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia selepas berjaya mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia di Jepun sebentar tadi.

Juara Asia itu mara selepas mengetepikan cabaran pemain Perancis, Brice Leverdez 21-9, 21-13 dalam aksi pusingan pertama kejohanan yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Zii Jia, 24, berkata dia membuat persiapan rapi bagi menghadapi Kejohanan Dunia kali ini termasuk membuat keputusan menarik diri daripada beraksi di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Setakat ini, semuanya dalam keadaan (fizikal) baik. Saya agak teruja untuk kembali semula beraksi di gelanggang.

“Saya menarik diri daripada Sukan Komanwel untuk melakukan persiapan terbaik bagi menghadapi Kejohanan Dunia kali ini. Seperti yang kita tahu Malaysia belum pernah lagi meraih kejuaraan dunia dan seperti yang saya katakan sebelum ini saya mahu menjadi yang pertama memenanginya,” kata Zii Jia.

Zii Jia yang juga pemain ranking nombor lima dunia dijangka tidak berdepan masalah untuk melangkah ke pusingan ketiga apabila dijadual bertemu pemain Portugal, Bernardo Atilano di pusingan kedua, Rabu ini.

Sementara itu, beregu wanita profesional, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkkan pasangan Jerman, Linda Efler-Isabel Lohau 21-17, 21-15.

sumber:- BBH

Mereka akan berdepan beregu Kanada, Rachel Honderich-Kristen Tsai bagi perebutan tiket ke pusingan ketiga.