sukan

Mereka berdua beraksi cemerlang

Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing memulakan aksi pada Kejohanan Dunia di Jepun hari ini, dengan persembahan cemerlang apabila mudah menewaskan gandingan anak beranak dari Israel, Misha Zilberman-Svetlana Zilberman.

Kiang Meng-Pei Jing yang juga pilihan kelapan kejohanan yang memperoleh ‘bye’ untuk aksi pertama hanya mengambil masa 22 minit untuk menewaskan Svetlana, 64, dan anak lelakinya, Misha, 33, 21-6, 21-5 pada perlawanan pusingan kedua di Tokyo Metropolitan Gymnasium.

Beregu campuran negara itu dijangka berdepan sama ada pilihan ke-10 kejohanan dari Denmark, Mathias Chritiansen-Alexandra Boje atau beregu Jepun, Kyohei Yamashita-Naru Shinoya yang bertemu dalam satu lagi aksi pusingan kedua.

Sementara itu, beregu wanita negara, Low Yeen Yuan-Valeree Siow pula ditunjukkan jalan keluar lebih awal pada pusingan pertama selepas dijinakkan beregu dari India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela 11-21, 13-21.

sumber:- BH

Dalam pada itu, satu lagi gandingan beregu campuran negara, Cheng Tang Jie-Peck Yen Wei terpaksa melupakan harat mereka untuk mara ke pusingan ketiga apabila tewas kepada pilihan keempat, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping dari China 14-21, 21-12, 11-21.