sukan

Mereka Hadir dengan Tebus balik kekecewaan Yew Sin-Ee Yi

Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, memerlukan 33 minit untuk menamatkan perjuangan wakil England, Gregory Mairs-Jenny Moore, dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF, sebentar tadi.

Mereka memulakan pertarvngan dengan positif apabila menjamin kemenangan set pertama 21-13. Namun, penguasaan gelanggang mereka terencat seketika apabila membenarkan lawan di ranking ke-78 dunia itu memimpin selesa set kedua dengan 12-6.

Tetapi beregu campuran profesional Malaysia itu bingkas menyusun semula permainan mereka untuk mengikat kedudukan 12-12.

Aksi sengit mereka berlanjutan hingga di kedudukan 17-18 sebelum Soon Huat-Shevon mengesahkan kemaraan mereka dengan mengutip empat mata berturut-turut.

Begitupun, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi selaku pilihan kesembilan kejohanan di Gimnasium Metropolitan Tokyo itu gagal menepati ramalan apabila tumpas kepada beregu lelaki Singapura, Hee Yong Kai-Loh Kean Hean.

Mereka hanya tiga mata lagi untuk mencipta kemenangan set pertama, sebaliknya mereka bagaikan hilang punca yang menyaksikan Yong Kai-Kean Hean merampas kelebihan lima mata yang mereka miliki untuk kemenangan 22-20.

Persembahan tidak menentu dalam set kedua turut tidak membantu Yew Sin-Ee Yi walaupun berhasil mengejar kedudukan lawan di pertengahan permainan.

sumber:- SA

Bagaimanapun, hajat mereka untuk ke peringkat 16, esok, tidak kesampaian apabila tidak mampu menyekat kemenangan 21-18 milik Yong Kai-Kean Hean.