sukan

Komen bernas dari Lee Chong Wei sendiri

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, menganggap keputusan Lee Zii Jia untuk menarik diri daripada Sukan Komanwel Birmingham bagi menumpukan kepada Kejohanan Badminton Dunia BWF sebagai sesuatu yang sil4p dan merugikan.

Ini selepas perseorangan lelaki nombor satu negara itu terkandas dalam pusingan ketiga Kejohanan Dunia dengan tewas 19-21, 21-11, 19-21 kepada pemain bukan pilihan dari China, Zhao Jun Peng, di Gimnasium Metropolitan Tokyo hari ini.

Chong Wei, bagaimanapun, mengakui pilihan itu terletak di tangan pemain berusia 24 tahun berkenaan dan terpulang kepadanya untuk menentukan masa depannya.

Dalam satu temu bual Nadi Arena, Chong Wei berkata: Kita dapat lihat Zii Jia terlalu tertekan dalam perlawanan hari ini.

Dia perlu belajar bahawa kejohanan ini amat besar. Selepas dia keluar BAM (Persatuan Badminton Malaysia), tugasnya dan pasukannya dalam Kejohanan Dunia memang bukan senang dan kita dapat lihat beban yang dipikulnya amat berat.

Sebelum ini, saya pernah memberikan komen mengenainya (menarik diri) dalam Sukan Komanwel dan pada pandangan saya, saya memang akan memilih untuk ke Sukan Komanwel dan selepas itu barulah ke Kejohanan Dunia.

“Sebagai seorang senior, saya melihatnya sebagai satu kerugian kerana Sukan Komanwel empat tahun sekali dan Kejohanan Dunia pula setiap tahun. Mungkin dia membuat satu keputusan yang salah tetapi dia lebih tahu apa yang dia perlukan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kesukaran yang mungkin sedang dihadapi Zii Jia selepas memilih untuk keluar daripada BAM, Chong Wei menambah: Itu pilihannya dan sebagai pemain yang sudah bersara, saya tidak boleh komen. Dia akan memilih yang terbaik untuk dirinya.

sumber:- SA

“Saya fikir orang yang mungkin sesuai untuk menasihatkannya adalah dirinya sendiri.
“Dia perlu benar-benar merancang masa depan dan kariernya dan saya fikir perkara itu merupakan sesuatu yang lebih penting buat Zii Jia,” katanya.