Penjaga gol Shusaku Nishikawa muncul wira pasukan Urawa Red Diamonds yang menewaskanJeonbuk Motors dari Korea Selatan 3-1 menerusi penentuan penalti untuk mara ke final Liga Juara-Juara Asia sebentar tadi.
Nishikawa dikerumuni rakan sepasukan apabila dua kali menyelamatkan penalti lawan di hadapan penyokong Urawa di Saitama selepas aksi separuh akhir 120 minit tamat.
Final berlangsung Februari depan menentang pasukan daripada Zon Asia Barat dengan juara bertahan Al Hilal dari Arab Saudi antara pencabar yang menunggu kelab Jepun itu.
Urawa yang memenangi Liga Juara-Juara pada 2007 meledak 20 gol dalam empat perlawanan kejohanan kelab utama Asia itu dan mereka tampak bakal mengulanginya apabila pemain sayap Yusuke Matsuo menolak bola masuk dari jarak dekat selepas mendapat hantaran pemain pertahanan Hiroki Sakai pada minit ke-11.
Namun Jeonbuk yang juga juara dua kali kejohanan meningkatkan serangan selepas rehat dan berjaya menyamakan kedudukan pada awal babak pertama menerusi penalti Paik Seung-ho.
Mereka mendahului permainan pada masa tambahan minit ke-116 menerusi H Kyo-won tetapi berjaya disamakan striker Urawa Kasper Junker pada minit ke-120 yang membawa kepada penentuan penalti.
Saingan peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Asia di Zon Timur berlangsung di Saitama dengan perlawanan membabitkan hanya satu peringkat susulan kekangan Covid-19.
sumber:- HM
Pada peringkat 16 terakhir, Urawa mudah membelasah Johor Darul Ta’zim dari Malaysia 5-0 sebelum menewaskan kelab Thailand BG Pathum United 4-0 di suku akhir.