sukan

Lee Zii Jia akui sendiri

Kuala Lumpur: Banyak melakukan kesilapan ternyata membawa padah kepada pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia apabila tump4s kepada Zhao Jun Peng di pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, semalam.

Menurut pemain kelahiran Kedah itu, selain banyak melakukan kesil4pan, lawannya dari China itu berjaya mempamerkan permainan terbaik sebelum mencatat kemenangan 21-19, 11-21, 21-19.

“Saya fikir buat banyak kesilapan hari ini (semalam). Zhao beraksi dengan baik hari ini. Sebenarnya saya perlu beraksi dengan lebih sabar,” kata Zii Jia yang sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak beraksi di Sukan Komanwel Birmingham 2022 untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada Kejohanan Badminton Dunia.

Zii Jia yang mahu menjadi pemain pertama negara muncul juara di Kejohanan Badminton Dunia turut mengakui perlu beraksi dengan lebih stabil selepas ini.Menurutnya, sasarannya selepas ini adalah menstabilkan dan mengawal permainan dnegan lebih baik lagi.

Sebelum ini dia pernah menumbangkan Jun Peng di suku akhir Terbuka Jerman 2022, dengan kemenangan straight set 21-12, 21-18, namun gagal mengulanginya di Tokyo.

sumber: hmetro

Selepas ini Zii Jia akan meneruskan aksi di Tokyo dengan menyertai Terbuka Jepun dan dijadualkan bertemu perseorangan India, K Srikanth di pusingan pertama.

Kali terakhir Zii Jia beraksi sebelum menyertai Kejohanan Badminton Dunia ialah di Terbuka Malaysia Jun lalu sebelum tumbang di pusingan kedua kepada wakil Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito 19-21, 21-19, 16-21.