sukan

Mereka teruskan harapan Malaysia di Kejohanan dunia

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah slot ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia selepas mengatasi pasangan Korea Selatan, Choi Sol-gyu-Seo Seung-jae,di Tokyo Metropolitan Gymnasium, sebentar tadi.

Perlawanan di antara dua beregu itu berlangsung sengit sejak awal aksi tetapi Aaron dan Wooi Yik lebih menyerlah untuk memenangi set pertama 21-18.

Beregu pilihan keenam itu kemudian diberikan t3ntangan lebih sengit pasangan Korea Selatan itu dalam set kedua namun laluan ke separuh akhir menjadi milik Aaron dan Wooi Yik menerusi kemenangan 21-16.

sumber:- BH

Menanti mereka di separuh akhir adalah pasangan dari India serta pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham, C. Shetty-S. Rankireddy.