sukan

Romel Morales mempunyai peluang

Striker KL City FC, Romel Morales tetap tidak berganjak dengan keinginannya mewakili pasukan kebangsaan sekiranya diberi peluang barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya untuk berbuat demikian.

Pemain kelahiran Colombia itu melihat peluang untuk bersama skuad kebangsaan sebagai cara yang terbaik bagi membolehkan dia membalas semula jasa bola sepak Malaysia dalam membentuk dia menjadi pemain yang lebih baik.

Ramai yang bertanyakan mengenai perkara ini dan saya akan terus katakan perkara yang sama. Saya gembira di sini dan sebab itulah saya terus kekal untuk berada di sini. Segala- galanya berjalan dengan baik untuk saya.

Terima kasih pada Liga Malaysia (Liga M) kerana kami meningkat dengan lebih baik dan situasi ini membantu semua orang. Kalau saya diberi peluang (bersama skuad kebangsaan), sudah tentu saya akan memberikan yang terbaik.

“Saya berjanji memberikan segalanya kerana inilah masanya untuk saya membalas semula apa yang sudah Liga M berikan kepada saya selama ini,” katanya.

Sebelum ini, BH Sukan melaporkan pemain yang mendapat julukan ‘pembvnuh upahan Colombia’ itu disifatkan mampu menjadi jawapan bagi menyelesaikan masalah jangka masa panjang membabitkan ketumpulan jentera serangan skuad kebangsaan.

Pemain berusia 25 tahun itu sememangnya berada dalam radar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk dijadikan sebagai pemain naturalisasi baharu, cuma masih belum mematuhi ‘tempoh matang’ seperti diperuntukkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Sekalipun seseorang pemain itu perlu menunggu lima tahun lagi selepas mendapat kerakyatan untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan dalam Liga M, namun Morales boleh beraksi sebagai pemain kebangsaan pada 2023 jika diperlukan di bawah program naturalisasi kebangsaan.

sumber:- BH

Bagaimanapun, badan induk itu ketika ini ‘membekukan’ seketika projek naturalisasi susulan prestasi hambar tiga ‘Harimau Import’ iaitu Mohammadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula dalam beberapa tugasan antarabangsa sebelum ini.