sukan

Tugas KL City FC belum selesai lagi

Juara Piala AFC Zon ASEAN, KL City FC tidak mendapat ‘bye’ ke final Piala AFC Antara Zon selepas perlu berentap dengan wakil dari India, ATK Mohun Bagan pada aksi separuh akhir di Kolkata, 7 September ini.

Ini selepas Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) ‘terselamat’ apabila terlepas daripada pengg4antungan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sekali gus menyaksikan bola sepak akan terus berny4wa di negara Asia Selatan itu.

Perkembangan itu disahkan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John ketika dihubungi BH Sukan.”Ya, (AIFF) bebas dari penggantungan,” katanya secara ringkas.

Keputusan itu menyaksikan ATK Mohun Bagan akan terus beraksi dalam Piala AFC musim ini selain India akan terus bersaing dalam Piala Asia, kelayakan Piala Asia AFC Bawah 20 tahun (B-20) dan Bawah 17 Tahun (B-17).

Sebagai rekod, pemenang antara ATK Mohun Bagan dan KL City FC akan bertemu wakil Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh ataupun wakil Hong Kong, Eastern di pentas final Piala AFC Antara Zon.

Pemenang final Piala AFC Antara Zon pula akan bertemu pemenang final Zon Barat sebelum boleh dinobatkan sebagai juara Piala AFC 2022. Sebelum ini, FIFA memutuskan untuk menggantung AIFF susulan campur tangan pihak ketiga dalam organisasi terbabit.

Perkara ini diumumkan oleh FIFA di mana skuad kebangsaan India tidak boleh beraksi dalam mana-mana pertandingan yang dianjurkan pihaknya seperti Piala Asia 2023 selain tidak boleh menganjurkan temasya Piala Dunia Wanita B-17 tahun.

sumber:- BH

Sebelum ini, beberapa negara Asia pernah dig4ntung FIFA susulan campur tangan pihak ketiga yang biasanya dari pihak kerajaan atau ahli politik seperti Indonesia, Kuwait dan Pakistan.