sukan

JDT MAHUKAN KEBANGKITAN SEMULA

Johor Bahru: Selepas tersingkir pada saingan pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) harus sedia bangkit untuk meneruskan pembVruan kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut.

Justeru, pertembungan menentang Melaka United (MU) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok dilihat sebagai medan terbaik buat skuad kendalian Hector Bidoglio untuk kembali memperagakan aksi terbaik bagi terus mengekalkan rekod tanpa selepas mengharungi 14 perlawanan.

Apapun, skuad Harimau Selatan tidak boleh terlalu selesa dengan pencapaian yang mereka miliki tatkala skuad kendalian Asri Ninggal yang memegang jawatan selaku jurulatih interim mampu melakar kejutan seandainya barisan anak didik Bidoglio bersikap sambil l3wa.

Walaupun dikhabarkan MU dibelenggu mas4lah dalaman, pasukan itu mungkin tampil bersemangat dan melupakan permas4lahan yang mereka hadapi, sebaliknya mampu meng3jutkan JDT.

Bagi memastikan persembahan JDT tidak lagi tercal4r selepas dipalit kekalahan 0-5 kepada Urawa Red Diamonds pada aksi pusingan 16 pasukan ACL, Bidoglio harus bijak mempratikkan t4ktikal lebih 4mpuh untuk menjarakkan lagi mata dengan penc4bar terdekat, Sabah FC.

Bagaimanapun, ada seg3lintir penyokong JDT yang cuba `mengajar’ perancangan Bidoglio apabila mahu penjaga gol utama, Farizal Marlias direhatkan dan digantikan dengan Haziq Nadzli.

Cadangan itu bagaikan tidak masuk akal kerana kesil4pan penjaga gol Harimau Malaya itu gag4l menyerlah ketika aksi menentang kelab dari Jepun itu.

Posisi tengah juga bakal kembali ampuh apabila Leandro Velazquez yang menjadi nadi utama menjana gerakan tengah akan berada di kesebelasan utama selepas tidak diturunkan pada aksi menentang Urawa Red Diamonds akibat pengg4ntungan perlawanan pada aksi pusingan 16 ACL.