sukan

Kejuaraan Dunia yang amat mudah bagi beliau

Dominasi Viktor Axelsen di pentas dunia semakin sukar digugat selepas mudah rangkul kejuaraan dunia.

Bintang Denmark, Viktor Axelsen merangkul kejuaraan perseorangan lelaki dunia buat kali kedua selepas mengenepikan cabaran pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn 21-5, 21-16 di sini, sebentar tadi.

Axelsen yang juga pemain nombor satu dunia sebelum ini memenangi Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow pada 2017. Kejayaannya ini menambah lagi koleksi kejuarannya di peringkat antarabangsa selepas memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2020 di sini, pada tahun lalu.

Sementara itu, pemain Jepun, Akane Yamaguchi mengekalkan kejuaraannya bagi acara perseorangan wanita selepas menumpaskan wakil China, Chen Yufei dalam aksi sengit 21-12, 10-21, 21-14.

sumber:- BH

Chen sebelum ini meletakkan sasaran untuk menjadi pemain China pertama memenangi perseorangan wanita dunia selepas kali terakhir dilakukan wakil negara itu pada 2011.