Semasa sukan

Komen Wira Malaysia selepas tamatkan penantian selama 45 Tahun

Soh Wooi Yik menganggap segala keringat yang dicurahkan dalam meniti laluan mengecapi gelaran Kejohanan Badminton Dunia BWF berbaloi biarpun kemampuan mereka seringkali diragui.

Dia dan gandingannya, Aaron Chia, hadir dengan reputasi pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Komanwel Birmingham bulan lalu sebelum dinobatkan juara dunia di Pusat Gimnasium Metropolitan Tokyo apabila menundukkan juara tiga kali dari Indonesia, Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan, 21-19 dan 21-14, hari ini.

Ia secara tidak langsung menamatkan penantian Malaysia selama 45 tahun untuk muncul juara dalam sebarang kategori selepas lapan percubaan dalam final. Sudah empat tahun kami digandingkan.

“Kejayaan ini menjadi pemangkin semangat dan kami memang berhak meraih gelaran ini memandangkan kami bekerja keras sekian lama tetap acap terkandas dalam separuh akhir dan suku akhir.
“Menjadi juara dunia adalah satu impian,” kata Wooi Yik.

Aaron berharap gelaran kali ini membuka lebih banyak lagi kejayaan gemilang selepas mereka mengakhiri badi enam pertarungan separuh akhir sebelum bergelar juara.

Saya tidak dapat gambarkan perasaan ketika ini tetapi sudah tentu saya amat gembira sebab dapat mengharumkan nama negara dan menjadi juara dunia pertama (dari Malaysia), kini barulah saya berani mengatakannya.

sumber:- SA

“Saya harap kami dapat kekalkan momentum dan berjuang untuk lebih banyak gelaran pada akan datang,” kata pemain berusia 25 tahun itu.