sukan

Fokus mendapatkan rentak kemenangan

Seremban: Tempoh rehat panjang memberi peluang buat skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) memberi fokus kepada usaha memperkasakan lagi kekvatan pasukan untuk menghadapi cab@ran berikutnya dalam saingan Liga Super musim ini.

Selepas meraih sembilan kemenangan dan lima seri daripada keseluruhan 17 perlawanan liga, diakui Negeri Sembilan perlu mengekalkan prestasi terbaik itu untuk memastikan pencapaian terbaik dapat diraih musim ini.

Penolong kapten pasukan itu, Nasrullah Haniff Johan menegaskan betapa tempoh rehat berkenaan dapat memberikan dia dan rakan sepasukan memperkemaskan lagi tahap persembahan dalam mengharungi baki saingan.

“Tempoh rehat agak lama ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan buat kami untuk melihat dan menilai kembali sebarang kel3mahan dalam setiap persembahan dipamerkan sebelum ini.

“Kami perlu menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk memperkasakan lagi kekuatan pasukan kerana masih terdapat lima lagi baki s@ingan yang perlu dihadapi dan menjanjikan cabaran berliku.

“Selepas kami g@gal meraih mata ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC pada 18 Ogos lalu, kini saya dan rakan sepasukan mahu kembali fokus untuk mendapatkan rentak kemenangan pada perl@wanan akan datang bertemu Sarawak United FC,” katanya di sini, hari ini.

Tonggak pert@hanan berpengalaman itu yakin skuad Hobin Jang Hobin mampu bangkit dan mencatatkan keputusan yang baik, bukan sahaja ketika perlawanan men3ntang Sarawak pada 9 September nanti, malah perl@wanan berikutnya selepas itu.

Malah, katanya, kehadiran semula pemain utama seperti Khair Jones yang tidak dapat beraksi dalam beberapa perl@wanan sebelum ini kerana kurang cergas selain pemain yang kembali pulih dari keced3raan, dapat memberi impak positif kepada prestasi pasukan.

sumber:-HM

Skuad bimbingan K Devan itu bakal melayani kunjungan Sarawak United di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 9 September ini, sebelum mengh@dapi empat lagi baki s@ingan menentang Johor Darul Ta`zim (JDT), Kedah Darul Aman FC, Melaka United FC dan Sri Pahang FC.