sukan

Ia merupakan satu perkara positif

‘Kesinambungan’, itu elemen yang cuba diterapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) buat individu yang bakal diumum secara rasmi menggalas jawatan yang ditinggalkan Brad Maloney bagi kerusi panas — ketua jurulatih skuad B23 negara 1 September 2022.

Bagi pemerhati bola sepak negara, Datuk Richard Scully perkembangan positif itu memberi indikasi jelas, aspek kesinambungan perkembangan pemain skuad B23 sehingga ke skuad senior negara kini jadi agenda utama badan induk itu.

Secara realistiknya, FAM menyambut baik proses kesinambungan dalam barisan kejurulatihan negara melibatkan corak permainan dan keserasian posisi pemain seperti yang dilakukan pasukan gergasi Asia Tenggara yang lain antaranya Vietnam, Thailand dan Indonesia sebelum ini.

Perkembangan itu ternyata disambut baik pemain industri bola sepak negara secara menyeluruh dengan khabar angin menyatakan tenaga pakar dari Korea Selatan akan mengendalikan skuad B23 negara.

sumber:- SA

“Ia merupakan satu perkara positif. Perkara paling positif adalah kesinambungan dalam diteruskan kerana skuad B23 merupakan pentas persiapan bagi mengisi slot dalam skuad kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan-gon,” kata Richard.