sukan

Juara Dunia Pertama Malaysia disambut meriah

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menjuarai Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, selamat tiba di tanah air, sebentar tadi.

Pasangan nombor lima dunia itu tiba di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.30 pagi menaiki penerbangan Singapore Airlines SQ106.

Ketibaan mereka disambut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jana Santhiran Muniayan, barisan kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan peminat badminton negara.

Aaron-Wooi Yik menamatkan penantian selama 45 tahun apabila menjadi wakil pertama negara muncul juara dunia sejak kejohanan diperkenalkan pada tahun 1977.

sumber:- BH

Kejayaan itu hadir selepas pasangan yang mula digandingkan pada 2017 itu menundukkan beregu berpengalaman dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14 dalam aksi final yang berlangsung, Ahad lalu.