sukan

KL City hilang tonggak utama

Kuala Lumpur City FC hilang khidmat pemain utama, Romel Morales akibat kec3deraan menjelang aksi berdepan Sabah FC dalam saingan Liga Super hari ini.

Ketua jurulatihnya, Bojan Hodak, mengakui anak buahnya berada dalam momentum terbaik namun tidak mengambil mudah dengan kekuatan pasukan yang berada di kedudukan kedua Liga Super berkenaan biarpun menang di aksi pertama ke atas skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Morales yang menjadi antara taruhan terbaik skuad The City Boys terpaksa diketepikan sementara ekoran kec3deraan ringan dihadapi untuk memastikan pemain berusia 25 tahun itu cergas sepenuhnya pada saingan separuh akhir antara zon Piala AFC 7 September depan.

Biarpun terpaksa beraksi dalam tempoh yang singkat, Hodak tetap akan menurunkan kesebelasan utama terbaik, dengan kembalinya beberapa pemain seperti Kenny Pallraj yang digantung dua bulan beraksi dari perlawanan Liga Super selama dua bulan serta menghadapi kecederaan.

“Sabah menghuni tangga kedua liga, beraksi di laman sendiri mereka menghadirkan permainan terbaik,” kata Hodak.

Kami memiliki rekod baik bertemu mereka dan berharap ia dapat diteruskan.Kemenangan ini semestinya menghadirkan suntikan moral yang baik kepada pasukan bagi perlawanan akan datang.

Kami juga tanpa pemain seperti Romel ekoran kecederaan dan akan direhatkan bagi membuat persiapan untuk perlawanan berikutnya.

sumber:- SA

‘Kami juga akan mendapatkan semula khidmat beberapa pemain yang berehat panjang sebelum ini, kehadiran mereka akan memastikan pasukan mampu menampilkan permainan yang terbaik.”