“Tahun ini lain,” kata legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dalam satu ucapan sempena Hari Kebangsaan yang ke-65 di laman sosial miliknya.
Chong Wei menyifatkan tahun 2022 adalah tahun yang mempunyai kelainan serta keistimewaan tersendiri buat negara.
Apatah lagi, baru-baru ini pemain beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menghadiahkan gelaran juara dunia pertama buat Malaysia selepas penantian selama 45 tahun.
“Tahun ini lain. Tahun ini kita sudah merangkul gelaran juara dunia badminton.”
“Tahun ini lain. Tahun ini kita sebagai satu negara yang semakin pulih daripada belenggu C0vid-19.”
“Tahun ini lain. Tahun ini akta anti-katak (akta anti lompat parti) diluluskan.”
sumber:- HM
“Tahun ini, disambutnya Hari Kemerdekaan ke-65 negara tersayang kita. Semoga terus maju, stabil, aman dan harmoni, Malaysiaku,” katanya.