sukan

Respons Isteri Aaron selepas berjaya muncul Juara Dunia

Isteri kepada pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia, Mei Qi gembira apabila suaminya berjaya merealisasikan impiannya untuk bergelar juara dunia.

Mei Qi yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama dua anaknya Alvee, 7, dan Elisa, 3, bagi menyambut kepulangan Aaron dari Tokyo, Jepun, hari ini, berkata gelaran dunia sememangnya menjadi salah satu sasaran utama suaminya dan gandingannya, Soh Wooi Yik.

“Saya sangat gembira kerana dia (Aaron) sudah dapat apa yang dia mahukan. Memang dia tidak nyatakan sebelum ke Kejohanan Dunia tetapi Kejohanan Dunia ini memang sasaran mereka (Aaron-Soh Wooi Yik),” katanya.

Aaron-Wooi Yik yang memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 menamatkan penantian selama 45 tahun apabila menjadi wakil pertama negara muncul juara dunia sejak kejohanan diperkenalkan pada 1977.

Kejayaan itu hadir selepas mereka menundukkan beregu berpengalaman dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14 dalam aksi final, Ahad lalu.

Kejayaan itu juga hadiah terbaik buat kepada Mei Qi dan Aaron yang akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka pada 16 September ini.

sumber:- BH

Selain melakukan persiapan majlis resepsi itu, Aaron juga mahu berehat seketika bagi menjalani proses pemulihan susulan kecederaan bahu kanan yang dialaminya.