sukan

Sabah kempunan 3 mata

Sabah bangkit dua kali untuk menafikan hajat Kuala Lumpur City membawa pulang tiga mata di Stadium Likas untuk kekal di tangga kedua Liga Super sebentar tadi.

KL City tidak perlu menunggu lama untuk membuka jaringan seawal minit kelima permainan, sepakan percuma Paulo Josue melencong masuk ke dalam kotak penalti berjaya ditanduk oleh Giancarlo Gallifuoco.

Sabah berusaha untuk mendapatkan jaringan, Jackson de Souza melakukan sepakan percuma deras namun berjaya ditampan keluar penjaga gol KL City, Kevin Mendoza.

Selepas separuh masa pertama tamat dengan kedudukan berkelebihan kepada KL City, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee, meningkatkan intensiti permainan di awal separuh masa kedua dengan melancarkan serangan bagi memburu jaringan penyamaan.

Gerakan yang dimulakan oleh Dominic Tan daripada sayap kanan kembali menceriakan penyokong tuan rumah apabila menyempurnakan jaringan pada minit ke-47 untuk mengikat kedudukan 1-1.

KL City sekali lagi di depan pada minit ke-61, Josue sekali lagi melakukan hantaran menerusi sepakan percuma menemui Akram Mahinan menewaskan Khairul Fahmi Che Mat — gerakan mirip gol pertama.

Ketika perlawanan berbaki enam minit, Sabah menjadikan gerakan bola mat!, yang menyaksikan sepakan percuma Saddil Ramdani dari depan kotak penalti menerjah masuk gawang.

sumber:- SA

Josue memiliki peluang terakhir untuk memastikan tiga mata buat skuad Warga Kota namun Khairul Fahmi sudah bersedia menangkis percubaan tersebut berkongsi mata selepas tamat perlawanan.