sukan

United bayar dengan jumlah yang tidak masuk akal

Pengurus Ajax, Alfred Schreuder percaya Manchester United membayar lebih daripada jangkaan untuk menandatangani Antony.

Pemain Brazil berusia 22 tahun itu melengkapkan perpindahan ke United, semalam selepas tiba di Carrington.

Red D3vils membayar Ajax £85.5 juta (RM445 juta) untuk mendapatkan pemain sayap itu selepas hanya dua musim di Amsterdam yang mana dia mel3dak 24 gol dalam 82 perlawanan bagi semua pertandingan.

Namun, Schreuder yang mengambil alih tugas Erik ten Hag susulan penghijrahannya ke Old Trafford pada musim panas ini, tidak percaya nilai Antony sebanyak itu.

Dia turut menyelar kelakuan “pelik” pemain sayap itu dalam mendesak perpindahan ke United.

Schreuder memberitahu Ziggo Sport: “Hari ini, jumlah itu sangat gila. Barcelona membayar €115 juta (RM514 juta) untuk (Ousmane) Dembele, Manchester United juga membayar lebih daripada €100 juta (RM447 juta) untuk (Jadon) Sancho.

“Kemudian anda boleh membayarnya untuk dia (Antony) juga. Adakah pemain bernilai seperti itu? Tidak. Tetapi ia akan dibayar.”

Ditanya sama ada Antony boleh didenda, Schreuder menambah: “Sudah tentu. Saya tidak fikir ia boleh dilakukan dalam kelab kami.

sumber:- BH

“Jika anda Ajax, memang perkara yang berlaku ini buruk. Saya sudah bercakap dengannya. Jika anda kecewa untuk sehari atau dua hari, saya faham, tetapi anda seorang profesional,” tambahnya.