sukan

Akui sukar mendapat tempat- Jafri

Bukan dipaksa tetapi sebenarnya pilihan sendiri apabila bekas peny3rang skuad bawah 23 (B-23) negara, Jafri Firdaus Chew kini beralih ke posisi pertahanan kanan bersama Penang FC.

Malah, keputusan itu diambil demi memastikan dia boleh mendapat minit bermain yang lebih kerap selepas berusaha sebaik mungkin untuk bersaing dengan peny3rang import.

“Saya sendiri sebenarnya tawarkan diri kepada jurulatih, mahu bermain di posisi pertahanan kanan kerana akui sukar hendak dapat peluang jika terus menunggu beraksi di sebagai peny3rang.

“Walaupun saya tidak pernah ada pengalaman bermain di posisi ini sejak dulu, saya tidak gentar mengambil risiko ini selepas ada mencuba beberapa kali semasa sesi latihan.

“Alhamdulilah, jurulatih boleh menerima permintaan saya malah tidak sangka, terus diberi peluang berada dalam kesebelasan utama ketika berdepan JDT (Johor Darul Ta’zim) pada separuh akhir Piala FA.

“Selepas beberapa perlawanan, saya semakin selesa beraksi di posisi ini walaupun tidak dinafikan masih banyak lagi perkara perlu belajar terutama dalam penyesuaian posisi ketika bertahan serta menjaga kedudukan pemain lawan.

“Harap ramai peminat Pulau Pinang tidak terkejut dengan keputusan ini kerana saya rasa ada kemampuan bermain di posisi pertahanan kerana paling penting saya boleh lebih kerap untuk bermain,” katanya.

Jafri diturunkan dalam tiga perlawanan terakhir bersama Penang di posisi berkenaan dan dilihat menjadi pilihan utama Zainal walaupun ada pilihan seperti Fairuz Zakaria.

sumber:-HM

Berusia 25 tahun, Jafri sebelum ini memulakan karier bersama Harimau Muda sejak tahun 2013 sebelum bersama Penang selama dua musim pada tahun 2016-2017, selain PKNS (2018-2019) dan kembali ke Penang pada musim ini.