Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mencuri tumpuan apabila dikaitkan bakal mengikat bintang bola sepak Jerman, Mesut Ozil musim depan.
Ia selepas tular di laman sosial apabila sebuah portal antarabangsa JunpiterFutbol mendakwa bekas pemain Arsenal itu kemungkinan menyertai juara lapan kali Liga Super itu.
Malah, portal terbabit turut mengaitkan pemain Argentina, Papu Gomez yang sebelum ini berjumpa dengan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bulan lalu di Sepanyol.
Papu Gomez dari Argentina dan Mesut Ozil dari Jerman dilaporkan akan dikaitkan dengan Johor Darul Ta’zim untuk musim baharu 2023.
“Satu rangsangan yang hebat untuk bola sepak Malaysia dan Asia Tenggara?,” kata portal itu.
Untuk rekod, Ozil pernah membantu Jerman muncul juara Piala Dunia pada 2014 lalu, dengan dia sendiri sudah meledak 23 gol dalam 92 penampilan buat negaranya itu.
Malah dia juga merekodkan 73 gol secara keseluruhan bersama beberapa kelab selain Arsenal, antaranya Real Madrid, Werder Bremen dan Fenerbahce.
sumber:- HM
Jika benar dakwaan itu, JDT bakal tampil cukup ampuh musim depan dengan pengalaman Ozil amat ditagih terutama dalam membantu pasukan itu bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.