Syok Woo Baca

Bukan salah jurulatih

Pemain beregu wanita negara, Pearly Tan memohon semua pihak khususnya peminat badminton untuk tidak menyalahkan barisan kejurulatihan berhubung keputusannya meneruskan aksi ketika di pusingan kedua Terbuka Jepun semalam.

Tegas Pearly, keputusan meneruskan aksi itu adalah daripada pihaknya kerana berasakan masih mampu untuk memberikan yang terbaik demi negara biarpun sudah dinasihatkan oleh jurulatih untuk menarik diri.

Mereka bermula dengan baik set pertama 21-13 sebelum tewas 19-21 di set kedua yang menyaksikan Pearly mula dihantui masalah kecederaan.

Namun akhirnya kesakitan dialami tidak lagi dapat dibendung sehingga Pearly terpaksa dibawa keluar daripada gelanggang menggunakan kerusi roda dan memutuskan menarik diri di set ketiga ketika men3ntang beregu Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee Yu Lim.

Pertama sekali ia keputusan saya untuk terus bermain walaupun jurulatih minta saya untuk berhenti. Saya harap kedegilan saya ini tidak mendatangkan sebarang salah faham.

Saya mohon maaf dan berterima kasih kepada mereka (jurulatih) kerana sentiasa memberikan sokongan kepada saya. Terima kasih juga kepada pasangan saya M Thinaah yang tidak putus asa dan berjuang habis-habisan.

“Saya tahu anda sudah melakukan yang terbaik. Ia bukan keputusan yang kita mahukan tetapi kata akan bangkit,” kata Pearly dalam Instastory miliknya.

Berdasarkan laporan awal, Pearly dimaklumkan mengalami kec3deraan ‘tendon hamstring’ dan dijadualkan kembali ke tanahair untuk menjalani rawatan susulan.

sumber:- HM

Namun berapa lama masa yang perlu diambil untuk pulih daripada kecederaan itu masih belum dapat dipastikan. Dalam perkembangan sama Pearly mengucapkan terima kasih kepada semua atas ucapan yang mendoakan keadaannya.