sukan

Cabaran memuaskan hati peminat TFC

Berikutan ‘s3rangan’ dan ketidakpuasan hati para penyokong Terengganu FC (TFC) dalam laman sosial berhubung penjualan tiket Final Piala FA membabitkan pertemuan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu depan, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC), Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Katanya, pihak pengurusan sudah mencuba yang terbaik demi penyokong setia skuad Penyu untuk menyaksikan perlawanan bersejarah itu nanti.

Namun katanya, disebabkan kapasiti tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah terhad dan perlu dibahagikan sama rata dengan peminat JDT, ianya cabaran besar buat pihak pengurusan untuk memuaskan hati semua peminat.

Kepada penyokong TFC, sebelum tiket dibuka untuk jualan, pihak pengurusan TFC melalui jawatankuasa pengurusan tiket sudah mengadakan mesyuarat berkenaan kaedah penjualan tiket kepada para penyokong.

Hal ini kerana kita telah menjangkakan sambutan daripada penyokong untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir akan hadir secara luar biasa kerana pasukan ini jarang layak sehingga ke pentas akhir bagi saingan ini.

Jika dilihatkan sambutan jualan tiket bagi saingan suku akhir dan separuh akhir di Terengganu, juga melebihi peruntukan tiket disediakan untuk jualan dan telah menyebabkan ketidakpuasan hati dalam kalangan penyokong yang tidak sempat membeli tiket pada ketika itu.

Jadi hasil perbincangan dan melihat isu itu, ianya memberi bayangan buat pihak pengurusan untuk mengurus jualan tiket perlawanan akhir itu yang pasti sambutannya akan berganda.

“Dengan kapasiti tempat duduk yang diperuntukkan untuk kedua-dua pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah terhad dan perlu dibahagikan sama rata iaitu sekitar 36,000 untuk satu pasukan, ianya cabaran besar untuk pihak pengurusan memastikan agar cara jualan dapat memuaskan hati semua pihak,” katanya yang memaklumkan TFC tidak menjual tiket secara fizikal sebaliknya semuanya melalui jualan dalam talian.

Mengulas lanjut, Ab Rasid berkata, berkenaan jualan dan cara memastikan penyokong tegar pasukan yang telah hadir selama ini ke stadium dapat membeli tiket perlawanan akhir, keutamaan pembelian diberikan buat mereka selain membuka tempahan pembelian daripada keluarga pemain, para penaja dan pihak yang banyak membantu kelab.

“Antara kaedah kemudahan dibuat adalah dengan membuka ruang buat 15,000 penyokong yang membeli tiket secara dalam talian bagi perlawanan Liga Super men3ntang Sarawak di Terengganu sebelum ini untuk mendapat ‘wild card’ membeli tiket perlawanan akhir lebih awal berbanding penyokong lain termasuk pemegang pas bermusim dan kad keahlian TFC yang rata-ratanya adalah ‘hardcore fans’ pasukan ini.

Jadi semua nama pembeli berada dalam pangkalan data unit jualan tickethotline untuk pembelian tiket perlawanan akhir dan kaedah ini memastikan kita telah menyediakan ruang yang baik untuk mereka kerana nama mereka telah ada untuk pembelian tiket perlawanan akhir tanpa perlu berebut dengan penyokong lain.

sumber:- HM

“Justeru pihak pengurusan mengharapkan agar penyokong yang berjaya mendapatkan tiket hadir memberikan sokongan dengan sepenuh jiwa selain berdoa agar pasukan kita dapat membawa pulang Piala FA ini setelah 11 tahun ke negeri Terengganu Darul Iman,” katanya.