Skuad bawah 23 (B-23) tahun negara bakal tampil lebih ‘ganas’ dan padu daripada skuad senior Harimau Malaya menerusi gaya permainan lebih agr3sif dan dinamik.
Pengendali baharu B-23, E Elavarasan berkata, beliau akan menggunakan falsafah permainan yang sama seperti mana diterapkan Kim Pan-gon bersama skuad senior.
Begitupun, barisan pemain muda akan dilatih kelihatan lebih efisien dan t@jam di gawang lawan ketika meny3rang serta kukuh di benteng pertahanan ketika dis3rang lawan.
“Nombor satu kita berkerja mengikut prinsipal asas permainan pasukan utama, tapi dalam pasukan B-23 tahun, kita akan lebih agr3sif dalam latihan kita, dan kita akan mengambil risiko dalam permainan di mana kita mahu pemain lebih dominan dalam permainan.
“Lebih agr3sif daripada skuad utama, dan kita mahu mereka lebih dinamik. Berani ambil risiko maksudnya, berani ke depan untuk memberi tekanan tinggi kepada pihak lawan.
“Dan memaksa lawan melakukan kesilapan atau membuatkan pertahanan mereka menjadi tidak seimbang ketika menyerap asakan kita,” katanya yang turut dikekalkan sebagai penolong jurulatih Pan-gon bersama skuad utama.
Semalam, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menamatkan teka-teki apabila Elavarasan dilantik bagi mengemudi pasukan itu selepas Brad Maloney melepaskan jawatannya pada Julai lalu.
Pelantikan Elavarasan dilihat tepat memandangkan beliau pastinya cukup ‘masak’ dan memahami corak permainan Pan-gon, sekali gus menyeragamkan gaya permainan pasukan utama dan B-23.
Ujar jurulatih yang lahir pada tanggal 5 Januari 1962 itu lagi, pemain yang dipilih nanti akan dijadikan sandaran buat skuad senior apabila dipanggil Pan-gon kelak.
sumber:-HM
“Jadi itu asas kita (permainan lebih agr3sif) berbanding pasukan utama, kerana apabila mereka dipanggil menyertai skuad senior nanti ia akan memudahkan persediaan pasukan atas nanti,” katanya.