sukan

Komen TMJ buat Sarawak United

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur Sarawak United FC supaya menyelesaikan tunggakan gaji pegawai dan pemainnya.

Teguran itu dibuat Tunku Ismail yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu komen di laman Instagram Sarawak United.

Menerusi komen ringkas di Instagram menerusi akaun officialsarawakutdfc itu, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menulis: “Bayar gaji”.

Komen itu kemudian mendapat respon daripada Sarawak United yang menulis: “Memang tgh (tengah) diusahakan Tuanku”.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum ini membuat keputusan untuk menyalurkan RM100,000 bagi membantu pemain dan pegawai Sarawak United yang mengalami masalah tunggakan gaji.

Badan pengelola Liga M itu menjelaskan pembayaran kepada pemain Sarawak United FC yang terbabit akan disalurkan oleh Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).

sumber:- BH

“Berdasarkan laporan yang MFL terima daripada PFAM, barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL bersetuju sebulat suara untuk mengambil tindakan segera memotong dana hak penyiaran Sarawak United sebanyak RM100,000 untuk disalurkan kepada pemain dan pegawai yang mengalami masalah tunggakan gaji,” jelas MFL.