sukan

Motivasi pemain pada tahap terbaik

Striker s3nsasi Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche akui dia kini berada pada tahap prestasi terbaik menjelang pertemuan dengan Melaka United FC (MUFC) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam esok.

Pemain kelahiran Ivory Coast yang digelar ‘Drogba Ganu’ itu juga akui keyakinan dan motivasinya kian bertambah untuk beraksi men3ntang skuad Hang Tuah itu sebelum membuat perhitungan pada aksi final Piala FA men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu depan.

Bagaimanapun pemain berusia 35 tahun itu yang pernah membantu Terengganu muncul naib juara Piala Malaysia pada 2018 mengingatkan dirinya dan rakan sepasukannya agar tidak terlalu yakin, sebaliknya perlu mengikut taktikal yang diatur ketua jurulatih, Nafuzi Zain.

Beraksi di tempat sendiri sudah tentu kami mahu melakar kemenangan lebih-lebih lagi motivasi kami berada pada tahap terbaik sebelum beraksi pada perlawanan akhir Piala FA nanti.

Dengan tempoh rehat yang panjang iaitu hampir dua minggu selepas menumpaskan Sri Pahang FC bulan lalu, ianya juga memberi kerehatan yang cukup kepada kami selain mempunyai persediaan yang rapi.

“Bagaimanapun pesanan buat diri dan rakan sepasukan perlu berwaspada dengan ancaman lawan dengan beraksi mengikut perancangan jurulatih agar tiga mata menjadi milik TFC bagi merapatkan lagi kedudukan dengan pasukan di tangga ketiga liga,” katanya.

Sementara itu Nafuzi akui lega kerana beliau mempunyai banyak pilihan untuk menyenaraikan barisan terbaiknya bertemu MUFC kerana semua pemainnya bebas daripada sebarang kec3deraan.

Malah beliau juga turut gembira kerana keyakinan dan motivasi anak buahnya kian meningkat sebelum berdepan dengan JDT pada aksi final Piala FA.

sumber:- HM

“Dengan tempoh rehat yang lama bagus buat pemain selepas melalui jadual perlawanan yang padat, jadi bertemu MUFC dengan semua pemain bebas daripada kec3deraan, ianya memberi banyak pilihan kepada saya untuk menyenaraikan pemain dalam misi memburu kemenangan,” katanya.