sukan

Badi kekalahan belom puliih, misi sukar ‘King of Malaya’

PASUKAN Selangor FC berdepan t3kanan hebat dalam usaha menamatkan badi empat kekalahan berturut-turut dalam kancah Liga Super apabila dijadualkan bertemu pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi tumpuan malam ini.

Sebagai rekod, skuad Gergasi Merah berdepan belenggu prestasi pada bulan lepas selepas g@gal meraih sebarang keputusan positif dengan barisan jurulatih kini diketuai oleh Mohd. Nidzam Jamil yang menggantikan posisi Michael Michael Feichtenbeiner.

Pengurus pasukan, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berkata, sepanjang hampir dua minggu ‘fasa bertenang’ yang diharungi pemain berjalan dengan positif meskipun harus diakui masih ada sedikit tekanan yang di­hadapi.

“Saya harap pemain tidak terlalu tertekan menjelang aksi bertemu JDT nanti dan berikan yang terbaik di atas padang. Kita harus segera melupakan belenggu prestasi yang dihadapi sejak dua bulan lepas.

“Saya optimis, jika semua pihak memberikan komitmen penuh, kita boleh melakar keputusan positif. Pada masa sama, harus diakui berdepan JDT adalah misi sukar kerana mereka kelab yang sempurna.

“Tapi, saya percaya, pemain kita juga ada kualiti yang tersendiri, cuma masalah konsisten g@gal dicapai, selain perlu elak daripada melakukan kesilapan mudah dan manfaatkan peluang sebaik mungkin,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sementara itu, Mahfizul mendedahkan semua pemain pasukan kini bebas daripada kecederaan dan tiada masalah untuk diturunkan kecuali Sharul Nazeem Zulpakar yang terpaksa disisihkan ekoran penggantu­ngan perlawanan.

sumber:-KO

“Semua pemain kami boleh diturunkan kecuali Afro (Sharul) yang diketepikan ekoran digantung perlawanan. Saya percaya, Nidzam ada perancangan tersendiri dan dapat membantu pasukan manfaat aksi di laman sendiri,” katanya.