sukan

Neymar dikaitkan dengan JDT

Kehebatan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan kaleng-kaleng apabila seorang lagi pemain terbaik dunia dari Brazil, Neymar didakwa menyertai skuad Harimau Selatan.

Ia selepas tular satu video yang menyaksikan pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu menayangkan jersi JDT yang baharu diterimanya.

Malah, dalam video terbabit rakannya menyatakan agar menunggu kehadiran Neymar di Johor Bharu tidak lama lagi.

Hai Tunku (Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) apa khabar, lihat kami sudah menerima jersi. Jumpa anda di Johor, kami akan datang ke sana, kata rakan Neymar dengan pemain berusia 30 tahun itu pula mengucapkan terima kasih.

Walaupun ia mungkin dianggap gurauan, namun ia dilihat tidak mustahil buat Neymar untuk menyarung jersi JDT musim depan.

Selain Neymar, nama beberapa bintang ternama turut dikaitkan ke Selatan Tanahair antaranya pemain Jerman, Mesut Ozil serta tonggak utama Argentina, Papu Gomez.

Ozil dikaitkan selepas tular di laman sosial apabila sebuah portal antarabangsa JunpiterFutbol mendakwa bekas pemain Arsenal itu kemungkinan menyertai juara lapan kali Liga Super itu.

sumber:- HM

Malah, portal terbabit turut mengaitkan Gomez yang sebelum ini berjumpa dengan Tunku Ismail bulan lalu di Sepanyol.