sukan

Persembahan luar biasa Selangor berjaya ikat JDT

Petaling JayaHasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menambah tiga mata terbantut apabila Selangor FC bangkit di babak kedua untuk mengikat 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, malam tadi.

Keputusan seri itu menyaksikan skuad kendalian Hector Bidoglio mengumpul 42 mata untuk berkelebihan hanya enam mata, di depan Sabah FC di tangga kedua.

Begitupun bagi kem Selangor, kejayaan mengutip satu mata itu cukup melegakan terutama selepas sebelum ini gagal mengutip sebarang mata dalam empat aksi liga.

Dalam aksi sengit itu, skuad Red Giants ketinggalan di pertengahan babak pertama apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT selepas Arif Aiman dikasari pertahanan Selangor di dalam kotak penalti.

Keputusan Zulkarnain Zakaria memberi sepakan penalti itu dibantah keras oleh anak didik Nidzam Jamil yang menyaksikan aksi terhenti selama beberapa minit.

Bergson da Silva mudah menewaskan Samuel Somerville di gawang gol untuk meletakkan pelawat mendahului 1-0 pada minit ke-33.

Bersambung babak kedua, tuan rumah memperkemaskan aksi dengan menekan kvbu pelawat untuk membvru gol penyamaan.

Akhirnya gol yang dicari menjelma pada minit ke-65 menerusi Herlison Caion yang berjaya melepasi benteng pertahanan sebelum memperdayakan Haziq Nadzli untuk mengikat kedudukan 1-1.

sumber:-HM

Selangor berpeluang mendahului namun sepakan gunting Brendan Gan sedikit tersasar di minit 75, sekali gus keputusan itu kekal hingga wisel penamat.