sukan

Bos Selangor FC ‘sekolahkan’ pengadil

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon nyata tidak mampu menahan marah kepada pengadil perlawanan Zulkarnain Zakaria yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Dalam aksi itu, Selangor dan JDT hanya berpuas hati memungut satu mata selepas kedua-dua pasukan seri 1-1, dengan gol pelawat diraih menerusi tendangan penalti yang diberikan Zulkarnain kepada JDT di babak pertama.

Ia kemudian disempurkan Bergson da Silva di minit ke-33 untuk mendahului skuad Red Giants, sebelum anak didik Nidzam Jamil bangkit di babak kedua dengan ledakan Herlison Caion di minit 65.

Begitupun sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil dibantah pemain-pemain Selangor yang menyifatkan ia tidak seharusnya diberikan.

Dalam satu video tular di laman sosial menyaksikan Johan mempersoalkan tindakan Zulkarnain yang ditemuinya di tempat letak kereta selepas perlawanan itu.

Jangan lupa ingat akhirat abang. Jangan aniaya orang lain abang, ingat ada kad kuning kad merah kuat dah abang.

“Ingat anak bini kat rumah tu, tangungjawab itu besar,” itu antara kata-katanya yang boleh didengari dalam video berdurasi 35 saat itu.

sumber:- HM

Tindakan Johan itu pastinya meletakkan dirinya dalam situasi sukar apabila boleh dikenakan hukuman oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana tidak menggunakan saluran yang betul mempersoalkan kredibiliti pengadil perlawanan.