Semasa

Rumput tebal ganggu retak JDT

Permukaan rumput yang sedikit tebal nyata merencatkan permainan pantas Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akhirnya terpaksa akur berkongsi mata dengan Selangor FC selepas seri 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Pengendali JDT dari Argentina, Hector Bidoglio berkata, anak buahnya tidak bermain seperti biasa yang sedikit mengganggu rentak pasukan.

Hari ini (malam tadi) kita tidak dapat keputusan diingini kerana kedua-dua pasukan juga beraksi baik dan begitu agresif.

“Kami tidak dapat bermain dengan corak pantas disebabkan permukaan padang yang tidak sama seperti kebiasaan kami bermain, dan kami lihat ia sukar untuk kami,” katanya selepas aksi itu.

Jelasnya lagi, skuad Red Giants memberi tentangan sengit kepada pasukannya dan menganggap keputusan seri itu cukup adil buat kedua-dua pasukan.

Kami tahu ia akan jadi aksi yang sukar, dan sebelum datang ke sini kami sudah menjangkakannya. Ia menunjukkan beberapa perkara perlu ditingkatkan dan kami percaya kepada kemampuan pemain dengan 100 peratus dengan pemain.

“Ia bukan pertemuan yang mudah dan saya anggap ia keputusan yang adil buat kedua-dua pasukan dan akan fokus untuk pertemuan berikutnya,” katanya.

JDT memulakan aksi dengan baik apabila mendahului Selangor di minit 33 hasil sepakan penalti yang disempurnakan Bergson da Silva, sebelum Herlison Caion menyamakan kedudukan di minit 65.

sumber:- HM

Keputusan itu membolehkan JDT mengumpul 42 mata untuk kekal di tangga pertama, diikuti Sabah FC di kedudukan kedua menerusi 36 mata.