sukan

Hilang kesabaran bila kena team sendiri

“Inilah yang berlaku dalam bola sepak di Malaysia, bila terkena dekat batang hidung sendiri, barulah beliau tahu perkara ini bukan khabar angin, sebaliknya satu kenyataan.”

Itu penjelasan diberikan bekas pemain bola sepak Selangor, Azlan Johar mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal yang tidak mampu menahan marah kepada pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin.

Jadi di sini saya nampak seorang (Johan) yang saya kenali sangat berhemah, sentiasa berfikiran positif dan pandai mengawal emosi, menjadi tanda tanya buat kita kenapa boleh hilang kawalan dan marah.

Maknanya beliau tahu apa yang berlaku dalam bola sepak kita sekarang, katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Ujar Azlan, Johan adalah seorang individu yang berhemah tinggi dan sentiasa mengeluarkan kata-kata dengan berfikir dahulu, tapi tiba-tiba boleh hilang kesabaran.

Ini kerana beliau tahu apa yang berlaku dalam bola sepak negara. Bila terkena kepada pasukan sendiri apa yang didengarnya tidak betul, beliau sendiri pun sudah tidak boleh kawal (kemarahan).

Pihak bertanggungjawab memajukan bola sepak Malaysia tolonglah ambil perhatian. Tidak boleh biarkan perkara seperti ini berleluasa.

“Ini akan membuatkan orang sudah tidak mahu bermain bola sepak, orang dah menyampah. Apa guna kalau keluarkan duit banyak, luangkan masa demi kemajuan bola sepak Malaysia kalau terdapat unsur-unsur yang tidak boleh kita kawal,” katanya.

Ujar Azlan, ada sesuatu yang harus semua fikirkan kerana zaman sekarang sama ada peminat, anak muda dan orang biasa sudah tahu mengenai undang-undang dalam bola sepak.

Kita sudah banyak didedahkan, cakap mahukan apa sahaja mengenai undang-undang bola sepak semua sudah di hujung jari.

“Sekarang beliau (Johan) sudah nampak dan tahu. Apa yang sebelum ini beliau ingatkan hanya khabar angin, bila terkena pasukan sendiri baru tahu ia adalah kenyataan.

“Beliau mengambil tindakan sebagai seorang yang berfalsafah. Beliau fikir kena buat tindakan supaya satu Malaysia nampak. Apa yang beliau buat ini adalah satu tindakan paling baik untuk kemajuan bola sepak Malaysia,” katanya.

sumber:- HM

Dalam satu video tular di laman sosial menyaksikan Johan mempersoalkan tindakan Zulkarnain yang ditemuinya di tempat letak kereta selepas perlawanan itu.