sukan

Pape Diakite akan ‘rantai stricker’ JDT

Pertahanan tengah Terengganu FC (TFC), Pape Diakite tekad ‘merantai’ striker Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada bergerak bebas apabila dua pasukan itu bakal membuat perhitungan untuk membvru trofi Piala FA, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Pemain kelahiran Senegal berusia 30 tahun itu berkata, dia dan rakan seposisinya pasti tak senang duduk untuk menyekat rangkaian peny3rang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang diketuai Bergson Da Silva yang kini sudah mel3dak 44 gol dalam saingan Liga Super.

Namun ianya tidak sesekali menggerunkan pemain yang memiliki ketinggian 1.93 meter itu kerana dia dan rakan sepasukannya sudah bersedia untuk menghadapi pentas final itu selain mengetahui serba sedikit corak permainan skuad kendalian Hector Bidoglio selepas dua kali bertembung dalam saingan Liga Super musim ini.

Bekas pemain kelab Saigon FC dalam Liga Vietnam itu mengharapkan misinya untuk merangkul trofi itu menjadi kenyataan lebih-lebih lagi musim pertamanya beraksi dalam pentas Liga Malaysia (Liga M).

Kemenangan besar 5-0 menundukkan Melaka United FC (MUFC), Sabtu lalu menambah lagi motivasi saya dan rakan untuk berdepan cabaran getir menentang JDT apatah lagi perlawanan itu nanti bakal menjadi sejarah pertama di Malaysia buat saya.

Bagi saya peluang untuk merangkul gelaran itu adalah seimbang bagi kedua-dua pasukan, saya sentiasa yakin, lagipun kita tidak tahu keputusan sehinggalah perlawanan sebenar nanti bermula kerana aksi final tidak sama seperti aksi liga.

“Cuma kami perlukan sokongan padu secara konsisten daripada ‘pemain ke-12’ bagi menyuntik semangat kami ketika beraksi sebagaimana aksi sebelum ini,” kata pemain beragama Islam itu ketika ditemui di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Mengulas lanjut, Diakite yang sudah ‘jatuh cinta’ bersama skuad kendalian Nafuzi Zain itu turut mengharapkan rakan sepasukannya tidak tertekan beraksi dalam perlawanan besar itu walaupun ketika diasak pemain skuad Harimau Selatan.

sumber:- HM

Kali terakhir Terengganu beraksi pada pentas final pada 2018 menentang Perak, bagaimanapun skuad Penyu yang ketika itu dibimbing jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim gagal merangkul trofi Piala Malaysia selepas tumpas menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 sesudah kedudukan sebenar terikat 3-3.