sukan

Rahadiazli akur jika tidak terpilih

PENJAGA gol utama Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim, pasrah sekiranya tidak dapat beraksi di perlawanan akhir Piala FA men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini.

Ia berikutan kec3deraan yang menimpa beliau ketika beraksi di pentas Liga Super men3ntang Melaka United FC (MU FC) Sabtu lalu, yang berkesudahan dengan kemenangan besar kepada Terengganu.

Bagaimanapun menurut pemain muda berketinggian 1.92 meter itu, beliau tetap menaruh harapan untuk turun membantu rakan sepasukan, sekali gus menjadi sebahagian watak penting dalam perlawanan penuh bersejarah buat skuad Penyu itu.

“Sekarang ini saya sedang berehat di rumah selepas dibenarkan pulang dari hospital jam 5 petang semalam. Tiada kec3deraan serius yang perlu dibimbangkan, tetapi adalah sikit rasa pening kesan daripada pelanggaran kuat, dengan pemain MU FC tempoh hari,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Rahadiazli berkata, beliau akan mula menyertai sesi latihan bersama pasukan petang esok untuk mendapatkan kepastian berkaitan tahap kecederaan dan perkembangan kesihatannya.

“Jika ditakdirkan saya tak dapat teruskan latihan dan beraksi di pentas final, saya harap rakan sepasukan dapat bermain bermati-matian untuk membawa balik piala yang sudah lama kita idam-idamkan,” katanya.

Sementara itu, penjaga gol kedua TFC, Suhaimi Husin berkata, beliau sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai benteng pertahanan akhir, pada perlawanan penting itu nanti.

Malah pemain berusia 28 tahun itu bertekad, memberikan persembahan terbaik untuk membalas kepercayaan jika ia diberikan jurulatih dan pasukan kepadanya.

sumber:-SH

“Insya-Allah saya akan beri yang terbaik. Walaupun bakal berdepan perlawanan penting, saya pastikan tiada tekanan kerana ia adalah kunci kejayaan buat seseorang penjaga gol,” katanya. – Bernama