sukan

Tiba masa Hoki harumkan nama Malaysia

THE Speedy Tigers bersedia menghadapi setiap perlawanan seperti bermain di perlawanan akhir, pada Piala Hoki Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) di Potchefstroom, Afrika Selatan dari 28 November hingga 4 Disember ini.

Pengendali The Speedy Tigers, Arul Selvaraj berkata, persediaan khusus untuk kejohanan itu telah pun dimulakan walaupun masih terdapat dua bulan sebelum bermula pertandingan.

Kami telah melakukan banyak perancangan dan persediaan sejak berbulan-bulan lepas, kami berlatih dalam keadaan cuaca yang ekstrem dari jam 10 pagi dan hingga 4.30 petang.

“Sebagai tambahan, kami akan lalui enam perlawanan persahabatan pada jelajah di Sepanyol dan Belgium bermula minggu hadapan, yang merupakan sebahagian daripada rancangan persediaan kami,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

FIH melalui satu kenyataan pada Isnin mengumumkan jadual perlawanan dan kumpulan pertandingan (dua kumpulan dengan empat negara setiap satu) untuk Kejohanan Hoki Negara-Negara FIH, lelaki dan wanita.

Cabaran Malaysia pada kejohanan itu akan dibawa skuad lelaki negara dan diundi dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, Jepun dan Kanada.

Sementara tuan rumah, Afrika Selatan, akan bermain dalam Kumpulan A bersama Perancis, Ireland dan Pakistan.

Perlawanan pembukaan akan menyaksikan pertemuan dua negara Asia iaitu pasukan negara akan berhadapan Korea Selatan pada 28 November di stadium Universiti North-West Potchefstroom, dan akhir akan berlangsung pada 4 Disember.

sumber:- SH

Piala Hoki Negara-Negara FIH menyaksikan permulaan kepada promosi dan peningkatan Liga Pro Hoki FIH dengan pasukan yang memenangi Piala Hoki Negara-Negara FIH ini akan berpeluang untuk dinaikkan ke Liga Pro Hoki FIH 2023-2024. – Bernama