sukan

Kemungkinan bakal dikenakan tindakan

Keputusan dibuat pengadil Zulkarnain Zakaria memberikan sepakan penalti kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), pada aksi Liga Super menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya Sabtu lalu, disifatkan sebagai tepat.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Noor Azman Rahman berkata susulan penelitian dijalankan Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil badan induk itu mendapati, memang terdapat kesalahan berlaku.

Noor Azman mengulas mengenai insiden tersebut yang mengundang pertikaian bahawa JDT tidak sepatutnya diberikan sepakan penalti tersebut, kerana tiada sentuhan dibuat pemain pertahanan Selangor Yazan Al-Arab ke atas pemain JDT Arif Aiman Hanapi.

“Selepas dibuat penelitian dan analisis menerusi rakaman video oleh Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil, memang terdapat kesalahan dilakukan pemain Selangor tersebut, iaitu kekasaran dan sentuhan terhadap pemain lawan.

“Berdasarkan itu, Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil telah membuat rumusan bahawa tindakan pengadil memberikan sepakan penalti tersebut adalah satu keputusan yang tepat,” kata Noor Azman menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, berhubung insiden di luar stadium selepas perlawanan yang tular di media sosial apabila terdapat individu dari Selangor tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan pada perlawanan dikendali Zulkarnain, Noor Azman berkata perkara itu sedang diteliti Unit Undang-undang FAM.

sumber:- AWANI

Sementara itu ,Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC sedang disiasat dan sama ada boleh dikenakan tindakan atau sebaliknya. “Bagi insid3n yang berlaku di luar stadium selepas perlawanan itu, penelitian lanjut sama ada ia perlu dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM atau sebaliknya akan dibuat,” katanya. Pada perlawanan tersebut JDT terikat 1-1 dengan Selangor.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon meluahkan rasa tidak puas hati dan berang kepada pengadil perlawanan Zulkarnain yang menghadiahkan sepakan penalti serta beberapa keputusan yang dilihat berat sebelah.

Malah, timbul persoalan kenapa Zulkarnain sekali lagi dipilih sebagai pengadil perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan buat kali kedua musim ini, selepas dia juga merupakan individu yang bertugas ketika Selangor tewas 5-1 kepada JDT di Stadium Sultan Iskandar, 24 Jun lalu.

Dalam satu video tular di laman sosial menyaksikan Johan mempersoalkan tindakan Zulkarnain yang ditemuinya di tempat letak kereta selepas perlawanan berakhir.

Jangan lupa ingat akhirat abang. Jangan aniaya orang lain abang, ingat ada kad kuning kad merah kuat dah abang.

“Ingat anak bini kat rumah tu, tangungjawab itu besar,” itu antara kata-katanya yang boleh didengari dalam video berdurasi 35 saat itu