sukan

MBAPPE lebih percaya kata-kata Pogba

Kylian Mbappe menafikan dakwaan hubungannya dengan Paul Pogba boleh terjejas selepas namanya dikaitkan dengan kes mem3ras ugvt rakan sepasukannya di Perancis.

Pogba berkata dia menjadi mangsa komplot mem3ras ugvt berjuta-juta euro untuk memburukkan namanya dengan mendakwa dia meminta seorang ahli sihir menyihir Mbappe.

Dakwaan mengenai ahli sihir itu didedahkan secara terbuka oleh abang Pogba, Mathias.

Paul Pogba yang meninggalkan Manchester United pada penghujung musim lalu kembali ke bekas kelabnya Juventus, menafikan tuduhan itu.

“Tidak, kerana hari ini saya lebih mempercayai apa yang rakan pasukan saya katakan,” kata bintang Paris Saint-Germain Mbappe bila ditanya sama ada terdapat masalah dengan Pogba.

Mbappe bercakap perkara itu menjelang perl@wanan Liga Juara-Juara antara PSG dan Juventus di Paris, hari ini.

“Dia menelefon saya dan memberi penjelasan. Apa yang dijelaskan berbeza dengan apa yang dikatakan abangnya. Saya akan mempercayai rakan sepasukan saya.” kata Mbappe mengenai rakannya yang memenangi Piala Dunia 2018.

“Saya fikir ia mengenai kepentingan pasukan kebangsaan dengan kejohanan besar yang akan datang.

“Dia sudah mempunyai masalah tertentu pada masa ini dan sekarang bukan masa menambah masalah itu.

“Kita akan lihat apa yang akan berlaku dan saya agak terlepas daripada semua itu.”

sumber:-HM

Penyiasatan mengenai kes itu sudah dilancarkan di Perancis minggu lalu membabitkan perkara berkenaan.