Ramai peminat memuji sikap yang ditunjukkan oleh Cristiano Ronaldo selepas klip videonya memberi motivasi kepada rakan sepasukannya di Manchester United tular.
Rakaman itu menunjukkan pemain berusia 37 tahu itu cuba memotivasikan bintang United yang lain ketika mereka bertemu Arsenal.
Ketika kedudukan 1-1 Ronaldo dilihat bercakap dengan Bruno Fernandes dan Christian Eriksen serta bertepuk tangan memberi motivasi untuk meminta lebih banyak usaha.
Reaksi itu nyata memberi perbezaan apabila United terus memenangi perlawanan itu dengan keputusan 3-1.
Peminat bertindak balas terhadap video itu dan berkata: “Pemimpin yang dilahirkan.”
Seorang lagi berkata: “Ia akan memerlukan masa yang sangat lama untuk kita melihat pemain lain dengan watak CR7.”
Lebih banyak komen mengulas betapa kagum dengan kualiti kepimpinannya berkata: “Bagaimana lelaki ini masih bukan kapten?”
Seorang lagi penyokong United berkata: “Saya bersumpah dalam hidup saya lelaki ini menyayangi Manchester United, dia seorang profesional terkemuka.
Pengendali United Erik ten Hag menurunkan Ronaldo hanya satu perlawanan sahaja musim ini kerana dia dilihat mampu untuk memainkan peranan sebagai watak sokongan hebat musim ini.
Ronaldo masih lagi menunggu gol pertamanya musim ini dengan kelab itu bertindak balas dari permulaan buruk mereka hingga kini meraih empat kemenangan dari empat perlawanan terakhir mereka.
United kini naik ke tangga kelima dalam carta liga hanya tiga mata di belakang Arsenal di tangga teratas.
sumber:=HM
Pasukan Ten Hag memulakan perjalanan Eropah mereka seterusnya dengan menentang Real Sociedad dalam saingan Liga Europa Khamis ini.