sukan

Wira kemenangan TFC

Bekas pemain Terengganu, Ahmad Nordin Alias berharap skuad kendalian Nafuzi Zain dapat menjadikan aksi final Piala FA 2011 sebagai motivasi untuk tetap berjuang sehingga wisel penamat men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu ini.

Nordin antara nama yang diingati apabila menjadi wira pasukan selepas menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada masa tambahan untuk menjulang trofi Piala FA 2011 menewaskan Kelantan, 2-1.

Mengimbau kembali kenangan manis itu, dia menyifatkan semangat perjuangan pasukan menjadi faktor kejayaan meskipun pada awalnya ketinggalan 0-1.

Walaupun Nordin tidak beraksi dalam kesebelasan utama, dia sentiasa mencari peluang untuk membantu pasukan sebaik sahaja dimasukkan dan akhirnya berjaya mel3dak gol.

Masa hari perlawanan, saya ada bergurau dengan kawan saya (Wan Aliff Jasmi), kalau saya dapat jaringkan gol, saya nak pusing satu stadium

Malam itu, tak sangka dapat gol dan saya pusing separuh stadium, lepas itu saya terus menuju ke arah kawan saya.

“Sebelum itu, kecewa sikit tengok penyokong sudah mula balik bila kita ketinggalan, tetapi saya ada dengar satu suara di belakang iaitu kapten Marzuki Yusof bagi semangat untuk terus bermain selagi wisel tak dibunyikan.

“Untuk Terengganu lawan JDT nanti, kita tahu JDT di tahap yang tinggi, tetapi untuk final ini berbeza dan saya rasa ia akan menjadi final paling menarik”, katanya.

Bercakap mengenai Terengganu FC ketika ini, Nordin menyifatkan skuad itu ibarat sama dengan pasukan pada musim 2011 yang memiliki semua pemain berkualiti tidak kira simpanan dan utama.

“Apabila tengok TFC sekarang, saya terbayang pasukan Terengganu musim 2011, bezanya sekarang ada pemain import dan waktu itu semua pemain tempatan.

Dari segi kesebelasan utama dan pemain simpanan, tiada beza sebab sesiapa pun yang diturunkan akan beri yang terbaik.

sumber:- HM

“Sama macam 2011, jurulatih amat susah nak pilih siapa yang akan bermain sebab adanya persaingan sihat antara semua pemain”, katanya.