sukan Syok Woo Baca

Kekalahan memalukan Liverpool

Napoli kembali ke Liga Juara-Juara dengan aksi penuh bergaya apabila melakar kemenangan menakjubkan 4-1 ke atas Liverpool seterusnya menambah masalah Reds pada permulaan musim ini.

Liverpool menerima pada padah hasil persembahan longlai pada separuh masa pertama di Stadio Maradona dan Napoli memang sepatutnya mendapat tiga gol pada babak pertama.

Piotr Zielinski mendapat bola daripada sepakan penalti minit kelima dan dua lagi gol terhasil daripada jaringan Andre-Frank Zambo Anguissa dan Giovanni Simeone pada penampilan sulung mereka di pentas Liga Juara-Juara membuatkan pasukan Jurgen Klopp di ambang kekalahan memalukan.

Pemain tengah Poland, Zielinski kemudiannya menambah gol keempat di awal babak kedua untuk memastikan Napoli memulakan kempen dengan baik dalam saingan Kumpulan A.

Luis Diaz kembali merapatkan jaringan dua minit kemudian tetapi hanya itu dapat dilakukan Reds ketika Napoli mencatat keputusan yang pastinya akan diingati mereka.

Pasukan Luciano Spalletti kembali ke saingan teratas Eropah selepas dua musim, berada di kedudukan kedua namun meraih mata sama dengan Ajax yang turut membelasah Rangers.

Jurulatih berkenaan bagaimanapun tidak mahu terlalu terbawa-bawa mengenai persembahan menakjubkan pasukannya sambil menegaskan mereka tidak memberi pengajaran kepada sesiapa dan ia hanyalah satu “persembahan bagus.”

“Apabila anda bermain men3ntang pasukan seperti ini, ia hanya memerlukan satu perkara kecil yang perlu diperhalusi dan keseluruhan perlawanan boleh berubah secara tiba-tiba,” katanya kepada Amazon Prime.

Napoli meneruskan permulaan baik dalam liga domestik yang menyaksikan mereka berkedudukan kedua selepas lima perlawanan dalam Serie A dan dibantu persembahan baik daripada pemain yang baharu dibeli terutama pemain sayap Khvicha Kvaratskhelia.

sumber:-HM

Sementara itu Liverpool kini berkedudukan terbawah dan mahu menukar perhatian mereka bagi meningkatkan kedudukan dari tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris.