sukan

Sebab TFC mampu kecewakan JDT di Final Piala FA

Tonggak import Terengganu FC (TFC), Habib Haroon mendedahkan semangat sebagai satu keluarga serta mempercayai kemampuan rakan sepasukan menjadi antara kekuatan utama yang boleh membantu pasukannya muncul juara Piala FA, Sabtu ini.

Bakal berdepan pasukan pilihan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional, Habib berkata, dia melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh pasukan sejak dari pusingan awal sangat mengagumkan dan perkara itu berjaya diterjemahkan di dalam padang.

Perancang tengah berusia 21 tahun itu percaya persaingan untuk menguasai bahawa tengah dengan pemain JDT dijangka menarik sambil menjelaskan pasukannya tidak boleh terlalu menghormati lawan.

Setiap kali perlawanan, saya percaya kemampuan rakan sepasukan malah kami sudah berasakan seperti satu keluarga dalam pasukan ini.

Setiap perlawanan, kami anggap seolah-olah seperti perlawanan akhir dengan komitmen yang sangat luar biasa diberikan setiap pemain.

Ini yang membawa kami untuk melepasi dari satu peringkat ke peringkat seterusnya walaupun menempuhi banyak perlawanan sukar berdepan beberapa pasukan pilihan.

“Bagi persaingan bahagian tengah, saya bersama Petrus (Shitembi) dan (Manuel) Ott akan cuba imbangi kekuatan JDT walaupun kita tahu kualiti dimiliki lawan,” katanya.

Habib yang diturunkan dalam 19 perlawanan setakat ini termasuk di Piala FA sudah menjaringkan tiga gol di saingan Liga Super.

Kombinasinya bersama Ott dan Shitembi di bahagian tengah sering kali membantu barisan pertahanan selain banyak mencipta ruang kepada jentera serangan yang dibarisi Faisal Halim dan Tchetche Kipre.

Keghairahan penyokong skuad Penyu untuk final Piala FA kali ini memuncak selepas sudah 11 tahun mereka tidak pernah memenangi trofi Piala FA dengan kali terakhir pada musim 2011.

Perkara itu juga menjadi satu motivasi buat Habib yang mengakui dapat merasakan semangat Terengganu berada di tahap luar biasa menjelang perlawanan akhir berdepan Harimau Selatan.

Sama ada di saingan liga atau apa saja kejohanan, Terengganu sudah lama tidak memenangi apa-apa piala setelah sekian lama.

sumber:- BH

“Apabila berada di pentas final, sudah tentu ini peluang terbaik kami tamatkan penantian peminat Terengganu dan kami akan berikan 120 peratus pada hari perlawanan,” katanya.