sukan

Final yang lebih bermakna

Pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Shahrul Saad mahu final Piala FA yang akan berlangsung esok menjadi antara kenangan terindah buat pasukannya yang akan turun men3ntang Terengganu.

Shahrul berkata, barisan pemain Harimau Selatan cukup bersemangat dengan masing-masing ketika ini berada pada tahap terbaik untuk membawa pulang trofi Piala FA selepas tempoh enam tahun.

Pada masa sama, dia juga mengakui semakin selesa untuk bergandingan dengan sesiapa sahaja di barisan pertahanan dan berharap rentak positif itu dapat diteruskan menjelang perlawanan akhir Piala FA 2022.

Sudah semestinya Piala FA menjadi sasaran kedua kami selepas Liga Super dan saya harap kami boleh perbaiki apa jua kelemahan menjelang final.

Kami akan cuba berikan yang segala-galanya dan berhasrat mahu membawa pulang trofi Piala FA setelah sekian lama kami tidak memenanginya buat JDT.

“Sebagai pemain pertahanan, kerjasama yang diberikan oleh semua setakat ini sangat baik dan harap kami mampu beraksi dengan baik di final,” katanya.

Sementara itu, pemain tengah JDT, Safawi Rasid tidak akan melepaskan peluang untuk menggalas tugas sebaik mungkin sekiranya diberi kepercayaan memandangkan ini adalah aksi pertamanya di pentas final Piala FA bersama JDT.

Baginya, meskipun di atas kertas JDT dilihat pasukan pilihan untuk menjulang trofi, mereka tidak pernah mengambil mudah setiap perlawanan dan tetap berwaspada dengan strategi Terengganu FC pada perlawanan esok.

Saya rasa perjalanan untuk ke final setakat ini berjalan lancar dan kalau diberi peluang bermain, ini adalah final Piala FA pertama selama saya di JDT.

Jadi, saya tidak akan melepaskan peluang dan akan memberikan yang terbaik di mana pasukan ini juga akan bermain habis-habiskan untuk cuba mendapatkan piala.

sumber:- HM

“Bagi saya, dalam mana-mana perlawanan sekalipun termasuklah liga kami sentiasa berwaspada dan kali ini kami akan memberikan sehabis baik untuk aksi final,” katanya.