sukan

Gaya rambut pelik Bergson, jadi bualan

Mesin gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva terus menjadi pemain tumpuan bagi Harimau Selatan menjelang aksi final Piala FA berdepan Terengganu FC (TFC) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

Bukan sahaja corak permainannya di atas padang, malah striker dari Brazil itu turut menarik perhatian peminat selepas bakal tampil dengan gaya warna rambut biru pada perlawanan akhir itu.

Gaya rambut baharu Bergson itu turut menjadi tumpuan peminat dengan lebih 100 komen ditinggalkan pelayar Facebook selepas laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers memuat naik gambar striker berusia 31 tahun itu ketika sesi latihan semalam.

Antara komen itu termasuk dari pelayar, Muhammad Safuan menulis: “Mudah kawan-kawan nk passing (hantar) bola cari kepala die yg cerah dekat bahagian s3rangan nanti.”

Shamila Bahruddin: “Wow cantiknya rambut sama dgn colour baju.”

Muhd Izwansyah: “Wak son buat sebelah merah sebelah biru la baru JDT.”

Jamuna Mat Noor: Tunjukkan makna no 9 di jersi mu Bergson.

Luaskan kuasamu mengawal bola Bergson.”

Bergson, 31, menjadi taruhan utama Harimau Selatan untuk merobek gawang TFC dan mengulangi pencapaian menjulang Piala FA pada 2016.

sumber:- BH

Ketajaman penyudah yang dimiliki Bergson tidak boleh disangkal lagi dengan dia setakat ini sudah mel3dak 23 gol secara keseluruhan dengan 21 daripadanya di Liga Super dan dua di Piala FA.