sukan

Kedah baham Melaka United

Kedah Darul Aman (KDA) FC menambah luka Melaka United (MU) dengan kemenangan 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam ini.

Turun tanpa pemain import, Melaka cuba memberi saingan kepada pasukan pelawat dan sesekali melakukan s3rangan balas.

Namun, KDA FC mendahului menerusi rembatan Mahmoud Al-Mardi pada minit ke-13.

Gol berpunca daripada sepakan percuma kapten pasukan Syazwan Zainon yang singgah ke kepada Marcos Gonzales dituju kepada Mahmoud untuk menyudahkan jaringan pertama perlawanan.

Bekas peny3rang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha melepaskan beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan.

Bersambung babak kedua, KDA FC terus melakukan asakan dan pemain gantian, Fayadh Zulkifli menambah gol pada minit ke 83.

sumber:-HM

Mahmoud memastikan kemenangan selesa menerusi jaringan pada minit ke-89 dan kedudukan 3-0 kekal hingga wisel penamat.