Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan ‘mimpi ng3ri’ di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun lalu selepas pasukan pilihan itu ditundukkan KL City FC 2-0 di pentas final Piala Malaysia.
Malam esok, mereka sekali lagi akan mengunjungi venue sama yang memalit ‘lvka’ bagi aksi final Piala FA berdepan Terengganu FC (TFC) namun skuad Harimau Selatan enggan terus meratapi kekalahan lampau dan kini fokus untuk memburu Piala FA.
Pengendalinya, Hector Bidoglio menegaskan mereka sudah melupakan apa yang sudah terjadi dan kekalahan pada final Piala Malaysia itu memberi pengajaran berguna bagi memastikan ‘trag3di’ sama tidak berulang pada final malam esok.
Kita tidak berfikir mengenai lalu kerana kita sentiasa memandang ke depan. Kita belajar daripada kesilapan lampau dan kita sentiasa bekerja keras daripada pengurusan sehinggalah barisan pemain.
Kita akan meneruskan (apa dilakukan jurulatih terdahulu) dan mengekalkan intensiti yang sama dan bekerja keras. Saya akan tunjukkan cara untuk memenangi perlawanan ini.
“Kita menghormati TFC tetapi saya yakin kita mampu memberikan persembahan yang fantastik. Kami berharap perlawanan akan berpihak kepada kita,” katanya pada sidang media praperlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Mengulas lanjut pertembungan men3ntang skuad Penyu, jurulatih dari Argentina itu menjelaskan mereka sudah menjalankan ‘kajian’ ke atas pasukan terbabit dan bakal tampil dengan strategi lebih baik untuk memerangkap mereka.
Kita sudah men3ntang mereka sebelum ini, jadi kita tahu mengenai pasukan itu. Mereka bermain penguasaan bola dan memiliki pemain yang baik.
Tetapi kita perlu fokus pada pasukan sendiri dan bermain corak permainan kita, perlu ‘compact’ dan menutup ruang untuk mereka melancarkan s3rangan.
siumber:- BH
“Semua pemain bersedia untuk diturunkan pada aksi malam esok,” katanya.