sukan

Kekalahan yang sukar diterima

Jurulatih Melaka United (MU) Mohd Asri Ninggal mengakui kekalahan 0-3 kepada Kedah Darul Aman (KDA) pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi sukar diterima.

Katanya, ia berikutan keputusan berkenaan meletakkan tiga kekalahan berturut-turut skuad terbabit menjadikan dia bukan mudah untuk menerima kenyataan berkenaan.

Bagaimanapun, dia tetap memuji persembahan pemain yang beraksi penuh gigih walaupun tanpa pemain terbaik pasukan walaupun gagal mencatat keputusan yang positif selepas t3was kepada Johor Darul Tazim (JDT) dan Terengganu pada dua aksi terdahulu.

Menurutnya, dia tidak menyalahkan pemain dengan kekalahan berkenaan kerana mereka sudah mencuba sebaik mungkin namun masih gagal mengutip sekurang-kurangnya satu mata berdepan lawan.

Malah sebelum Kedah menjaringkan gol pertama dan kedua pasukan bermain dengan begitu baik terutama barisan pertahanan yang bijak menutup ruang walaupun beraksi tanpa pemain import.

“Walaupun pasukan turut melakukan s3rangan demi s3rangan tetapi usaha mereka gagal membuahkan hasil menyebabkan bola kembali memasuki kawasan pasukan sehingga lawan menjaringkan dua gol lagi pada babak kedua.

“Kami memiliki pemain muda yang baik tetapi kurang kreativiti di barisan tengah dan hadapan berikutan tanpa pemain utama menyebabkan usaha pasukan untuk meraih mata tidak berjaya,” katanya.

sumber:-HM

Dia yang berusaha menggarap persembahan semua pemain tempatan termasuk beberapa pemain bawah 21 tahun mengakui tanpa bantuan pemain utama jelas menjejaskan buruan pasukan untuk mel3dak jaringan selain benteng yang dibina akhirnya dirobek lawan.