sukan

Nafuzi mohon maaf gagal bawa balik Piala FA

Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain memohon maaf kepada seluruh penyokong skuad Penyu kerana gagal menunaikan hasrat mereka menjuarai Piala FA.

Pengendali berusia 43 tahun itu turut berterima kasih kepada penyokong skuad Penyu yang sanggup hadir ke stadium dan memberikan sokongan padu buat barisan pemainnya.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua penyokong Terengganu yang datang dengan harapan TFC muncul juara.

“Terima kasih atas sokongan semua penyokong. Saya tahu penyokong kecewa, saya pun kecewa tapi kita sudah bagi yang terbaik.

“Namun, kami bangga berjaya sampai ke final dengan skuad yang kami ada,” katanya pada sidang media selepas perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Terdahulu, impian TFC untuk menamatkan kemarau 11 tahun tidak kesampaian apabila tewas 1-3 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT).

sumberaa:-HM

Gol pertama JDT disumbangkan pemain muda mereka Arif Aiman Hanapi manakala dua gol lagi menerusi tonggak import Bergson Da Silva dan gol sagu hati Terengganu menerusi Tchetche Kipre.