Negeri Sembilan FC (NSFC) melakar kemenangan ke-10 musim ini selepas menewaskan Sarawak United FC 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan skuad Hobin Jang Hobin mengumpul 35 mata untuk mengukuhkan kedudukan di tempat ketiga carta sekali gus mengekori rapat Sabah FC di tempat kedua.
Gustavo Dos Santos meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-17 apabila menanduk masuk sepakan sudut Che Rashid Che Halim.
Bagaimanapun kelebihan tuan rumah itu tidak berpanjangan apabila pelawat menyamakan kedudukan menerusi jaringan Raja Imran Shah Raja Amin pada minit ke-30.
Raja Imran memanfaatkan sepakan sudut Sarawak yang diambil Lee Changhoon dengan menanduk ke dalam gawang melepasi jangkauan penjaga gol Negeri Sembilan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.
Keadaan padang basah susulan hujan lebat sekitar Seremban sejak jam 5 petang hingga 8 malam, merencatkan pergerakan pemain kedua-dua pasukan.
Tuan rumah bagaimanapun kembali di depan apabila Gustavo menyudahkan gerakan satu dua dengan Matheus Alves pada minit ke-66.
Alves kemudian menambah d3rita Sarawak selepas dia memanfaatkan sepakan sudut dengan meledak gol ketiga Negeri Sembilan pada minit ke-79.
sumber:- BH
Sarawak bagaimanapun berjaya merapatkan jurang menerusi gol kedua hasil jaringan pemain gantian Nur Shamie Iszuan Amin minit ke-85.